Berita Terkini
Aplikasi Laman Web Terkini
Penerbitan cPanel 11.23
Kumpulan pembangun panel kawalan pengehosan terkemuka cPanel telah mengumumkan penerbitan cPanel versi 11.23. Terdapat banyak perubahan yang dilakukan di dalam versi. Di antara perubahan dan fungsi yang dimuatkan di dalam versi ini adalah:
1. Pengunaan memori
Versi baru ini cuba untuk mengurangkan penggunaan memori untuk menjalankan cPanel. Ini membolehkan cPanel di akses dengan mudah dan tidak menggunakan memori pelayan web yang banyak. Perubahan ketara di dalam bahagian ini adalah VPS Optimised dan Tailwatch.
Tutorial Video cPanel di dalam Bahasa Melayu
masa2.ORG dengan kerjasama masa2u Web Shoppe telah memasukkan 20 video tutorial penggunaan cPanel - Panel Kawalan Akaun Pengehosan utama. Video tutorial ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Pelajarilah setiap aspek di dalam cPanel untuk memudahkan anda memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada pelanggan anda.
Pendaftaran nama domain .my kini dibuka kepada umum
mynic, organisasi pengurus nama domain di Malaysia telah mengumumkan pendaftaran nama domain .my kepada umum. Semua individu dan syarikat yang terdapat di Malaysia boleh mendaftar nama domain ini pada harga tidak melebihi RM120 setahun.
mynic mengumumkan semenjak dari perlancaran ini, kini mynic menerima kira-kira 3,000 permohonan setiap bulan berbanding dengan 1,000 sebelumnya.
Peningatan Sekuriti cPanel
cPanel telah mengumukan kemungkinan masalah sekuriti yang terdapat di dalam semua versi STABLE dan RELEASE cPanel sebelum 11.1.84 dan 11.22.2. Kepada semua pengguna cPanel/WHM, anda dinasihatkan agar dapat meningkatkan cPanel/WHM anda kepada versi STABLE atau RELEASE yang terbaru 11.1.85. Pengguna versi CURRENT dan EDGE diminta untuk meningkatkan versi anda kepada versi terbaru 11.22.3.
Pelancaran Laman Web masa2.ORG - Repositori Pengehos Laman Web
Asafad Web Shop dengan besar hati melancarkan laman web masa2.ORG. Laman ini in bertujuan sebagai laman web maklumat dan informasi bagi mereka yang berminat untuk berkecimpung di dalam perniagaan pengehosan laman web. Maklumat dan informasi yang terdapat di laman web ini adalah diharapkan dapat membantu anda memahami tentang selok-belok perniagaan pengehosan laman web, kaedah, teknik dan taktik pemasaran untuk perniagaan anda.