You are hereMengenai masa2.ORG
Mengenai masa2.ORG
masa2.ORG adalah laman web komuniti bagi pengehos laman web di Malaysia. Laman web ini bertujuan untuk memberikan maklumat terkini dan berkongsi maklumat mengenai pengehosan laman web. Terdapat satu kekosongan yang besar di dalam laman web berbahasa Melayu yang memberikan maklumat dan perbincangan mengenai aktiviti pengehosanlaman web. Sekiranya anda adalah pengehos laman web atau bercadang untuk menjadi pengehos laman web, laman web ini adalah untuk anda.
Keahlian laman web ini adalah terbuka kepada semua dan PERCUMA. Namun akses ke sesetengah bahagian atau perkhidmatan di dalam laman web ini mungkin di hadkan kepada ahli berdaftar/ ahli dari kumpulan-kumpulan tertentu yang akan ditetapkan dari masa ke semasa.
Laman web ini adalah bertindak sebagai laman web maklumat, informasi dan perbincangan. Segala aktiviti di laman web ini perlulah mematuhi terma dan syarat penggunaan laman web ini dan maklumat, informasi dan perbincangan yang dilakukan adalah merupakan tanggungjawab pengirim kiriman tersebut. Pihak masa2.ORG tidak akan bertanggungjawab di atas salah tafsir atau salah maklumat yang diberikan.