You are herePelancaran Laman Web masa2.ORG - Repositori Pengehos Laman Web
Pelancaran Laman Web masa2.ORG - Repositori Pengehos Laman Web
Asafad Web Shop dengan besar hati melancarkan laman web masa2.ORG. Laman ini in bertujuan sebagai laman web maklumat dan informasi bagi mereka yang berminat untuk berkecimpung di dalam perniagaan pengehosan laman web. Maklumat dan informasi yang terdapat di laman web ini adalah diharapkan dapat membantu anda memahami tentang selok-belok perniagaan pengehosan laman web, kaedah, teknik dan taktik pemasaran untuk perniagaan anda.
Menyedari wujudnya ruang kosong dan jurang yang besar di dalam industri perniagaan pengehosan laman web di Malaysia, di mana industri ini dimonopoli dan dikuasai oleh syarikat-syarikat besar dengan modal dan sumber yang besar, menyebabkan pemain-pemain kecil ketinggalan di dalam arus perdana industri ini. masa2.ORG berhasrat untuk memenuhi kekosongan ini untuk menjadikan bidang perniagaan pengehosan laman web dapat disertai oleh ramai lagi usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk memantapkan lagi industri ini di Malaysia.
Selain dari itu, laman web masa2.ORG akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara untuk mengayakan lagi penggunaan Bahasa Melayu di dalam industri ini. Tidak kira sama ada anda telah memulakan perniagaan pengehosan laman web, baru bermula, mahupun baru bercadang untuk bermula, laman web ini adalah sumber mutkahir untuk anda.
Akses kepada maklumat di laman web ini adalah PERCUMA dan mendaftar sebagai ahli laman adalah pilihan. Namun begitu sebagai ahli berdaftar laman web ini, anda boleh mengambil bahagian di dalam sebarang perbincangan yang dijalankan. masa2.ORG adalah merupakan laman web informasi dan maklumat untuk anda berbincang dan mencari penyelesaian kepada masalah di dalam mengurus perniagaan pengehosan laman web anda. Faktor utama untuk menjadikan laman web ini sebagai laman web rujukan utama bagi pengusaha perniagaan pengosan laman web adalah sumbangan idea dan perkongsian maklumat di antara anda, kami dan ahli-ahli laman web ini.
Adalah diharapkan laman web masa2.ORG dapat membantu anda di dalam menjayakan lagi perniagaan pengehosan laman web anda.