You are hereTutorial Video cPanel di dalam Bahasa Melayu

Tutorial Video cPanel di dalam Bahasa Melayu


By masa2 - Posted on 21 May 2008

masa2.ORG dengan kerjasama masa2u Web Shoppe telah memasukkan 20 video tutorial penggunaan cPanel - Panel Kawalan Akaun Pengehosan utama. Video tutorial ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Pelajarilah setiap aspek di dalam cPanel untuk memudahkan anda memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada pelanggan anda.

Khusus bagi ahli berdaftar masa2.ORG, anda boleh dapatkan video tutorial ini lengkap dengan logo syarikat anda di halaman pertama dan terakhir tutorial ini pada harga RM250. Untuk maklumat lanjut, sila lawati masa2u Web Shoppe untuk maklumat lanjut. Dengan meletakkan video tutorial ini di laman web bantuan anda dapat mengurangkan kesesakkan email untuk anda menjawab persoalan-persoalan ringkas mengenai cPanel. Syarikat-syarikat yang meletakkan video tutorial ini di halaman web bantuan mereka telah melaporkan pengurangan hampir 75% daripada email dari pelanggan mereka yang bertanyakan soalan-soalan ringkas bagaimana untuk membuat ini dan itu di dalam cPanel. Apatah lagi, tutorial yang disediakan di sini adalah di dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh pelanggan anda.

Untuk melihat demo video tutorial ini, sila lawati halaman http://www.masa2.org/tutorial/cpanel



Who's online

There are currently 0 users and 1 guest online.