You are herePenerbitan cPanel 11.23

Penerbitan cPanel 11.23


By masa2 - Posted on 28 May 2008

Kumpulan pembangun panel kawalan pengehosan terkemuka cPanel telah mengumumkan penerbitan cPanel versi 11.23. Terdapat banyak perubahan yang dilakukan di dalam versi. Di antara perubahan dan fungsi yang dimuatkan di dalam versi ini adalah:

1. Pengunaan memori

Versi baru ini cuba untuk mengurangkan penggunaan memori untuk menjalankan cPanel. Ini membolehkan cPanel di akses dengan mudah dan tidak menggunakan memori pelayan web yang banyak. Perubahan ketara di dalam bahagian ini adalah VPS Optimised dan Tailwatch.

VPS Optimised membolehkan cPanel digunakan secara optimum bagi mereka yang menggunakan VPS untuk mengehos laman web. Pengehosan VPS di mana akses kepada memori pelayan web dihadkan dan dalam banyak keadaan pengehos yang menggunakan VPS terpaksa mengubah aturan server (yang pada asasnya masih terhad) untuk mencapai tahap keupayaan yang tinggi. Kini dengan VPS Optimised, cPanel akan menggunakan lebih memori dan ini secara tidak langsung dapat meingkatkan prestasi laman web yang yang dihos di dalam VPS kerana lebih banyak memori berlebihan yang boleh digunakan yang sebelum ini telah dikhususkan kepada cPanel.

Tailwatch adalah merupakan aplikasi pengerusan fail-fail log di dalam pelayan web anda. Bagi pemilik pelayan web dan pengurus sistem, anda pasti sedar betapa banyaknya log yang dihasilkan oleh cPanel. Fail-fail log ini penting untuk mengetahui segala yang berlaku di pelayan web. Dengan Tailwatch log-log yang dibina oleh cPanel akan dirangkum dan diringkaskan, memudahkan anda untuk mengurus fail-fail log bagi pelayan web anda.

2. Fleksibiliti Sistem Email

Beberapa perubahan penting telah dilakukan kepada sistem email cPanel. Ini termasuk keserasian sepenuhnya kepada email web Roundcube. Roundcube merupakan sistem email yang menggunakan antaramuka yang moden. Kini anda boleh memberi alternatif kepada pengguna laman web anda dengan pengenalan kepada sistem email roundcube ini.

Selain dari itu, versi baru cPanel ini juga membolehkan anda menghantar email menggunakan alamat IP yang telah ditentukan kepada satu-satu akaun. Ini secara langsung dapat menyelesaikan permasalahan rekod SPF bagi akaun yang mempunyai alamat IP tersendiri. Versi ini juga membolehkan anda menetapkan aturan SPF di dalam editor Konfigurasi Exim yang membolehkan rekod SPF penghantar email diperiksa semasa SMTP. Menjalankan pemeriksaan semasa SMTP dapat mengurangkan memori yang digunakan oleh SpamAssasin yang secara langsung dapat menerima mesej dengan lebih cepat.

3. Salinan Pendua dan Pemindahan Data

Fungsi membina salinan pendua dan pemindahan data dari pelayan web cPanel ke cPanel yang lain telah dipertingkan di dalam versi ini. Di dalam versi ini pemindahan data misalnya menggunakan WHM berbanding dengan rsync bagi membolehkan pemindahan data dari satu pelayan web ke pelayan web yang lain dilakukan dengan mudah dan sesuai bagi memindahkan fail besar. Ini ditambah lagi dengan beberapa maklumat/ statistik tambahan seperti jumlah ruangan yang digunakan oleh akaun yang bakal dipindahkan dan sebagainya.

4. Perubahan kepada Pengguna cPanel

Untuk membolehkan pengguna Panel yang terlindung di belakang dinding api (firewall) korporat yang tidak boleh mengakses cPanel/WHM/Webmail di port internet biasa, satu sistem proksi telah diperkenalkan di dalam cPanel versi ini yang membolehkan akses kepada servis ini dilakukan menggunakan subdomain. Sebagai contoh, pengguna bolh mengakses cPanel dengan pergi ke alamat http://cpanel.contoh.com berbanding dengan https://www.example.com:2083 sebelumnya.

Terdapat banyak lagi perubahan yang terdapat di dalam versi ini. Anda digalakkan untuk meningkatkan versi cPanel anda kepada versi ini untuk menikmati kemudahan fungsi-fungsi baru yang ditawarkan.

Nota: Sekiranya anda ingin kekal kepad versi 11.18, anda perlu menukar aturan anda untuk menggunakan versi STABIL sahaja.

3.



Who's online

There are currently 0 users and 0 guests online.