You are herePerniagaan Pengehosan Laman Web / Pelayan Web Sendiri - Penyewaan Tapak
Pelayan Web Sendiri - Penyewaan Tapak
Kaedah ini merupakan perniagaan pengehosan laman web yang tertinggi di mana anda membeli pelayan web anda sendiri, menetapkan segala peralatan pelayan web, aplikasi dan panel kawalan mengikut kehendak anda. Kemudian anda hanya menyewa tapak dari pusat data untuk menempatkan pelayan web anda dan membeli had jalur lebar yang boleh anda gunakan. Kos memulakan perniagaan ini adalah merupakan yang tertinggi di mana anda perlu membeli pelayan web anda sendiri.
Terdapat pelbagai jenis pelayan web yang boleh anda beli, di mana had dan limitasinya dalah jumlah belanja yang ingin anda lakukan. Jenama-jenama pelayan web terkemuka seperti Dell dan HP memerlukan kos yang tinggi.
Anda mempunyai kawalan sepenuhnya kerana pelayan web ini adalah milik anda. Anda boleh mengubah untuk meletakkan pelayan web anda di pusat-pusat data pilihan anda dan mengambilnya kembali sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan satu-satu pusat data, kerana ianya adalah milik sah anda.
Namun begitu, pada pendapat kami, walaupun memakan belanja yang besar dan menjanjikan pulangan yang besar, ianya juga mempunyai risiko yang tinggi. Ini adalah kerana dunia teknologi pengkomputeran (termasuk teknologi pelayan web) adalah begitu dinamik. Pelayan Web yang anda beli hari ini mungkin akan ketinggalan teknologi dalam masa 2-3 tahun dengan kemajuan teknologi pemprosessan komputer di mana cip-cip baru diterbitkan hampir setiap 2-3 tahun.
Maka jika difikirkan dengan teliti, ditimbang kos dan kebaikkan, mungkin kaedah perniagaan pengehosan secara menyewa pelayan web adalah yang paling ideal di mana, apabila terdapat perubahan teknologi, anda hanya perlu menyewa pelayan web yang baru dan memindahkan segala data ke pelayan web yang baru. Namun, itu hanyalah pendapat kami.